Friday, May 16, 2008

poem




sahabat, cinta dan sayang



sahabat...

dari perkataan sahabat,

beribu maksud boleh dirungkai

pelbagai kata mereka ertikan

banyak bicara jika disoalkan



cinta...

dari rasa cinta,

kita leka dibuai oleh perasaan

sehingga keliru tentang sebuah perhubungan

kadangkala terluka mengetahui kebenaran


sayang...

dari perkataan itu,

terungkai la perasaan seseorang

berertilah sebuah perhubungan

tiada lagi luka yang mendalam

betul ke???



bila kita da suka seseorang,

tak semestinya kita syg dia..

bila kita da syg seseorang,

tak semestinya itu cinta kita..

bila kita cinta seseorang,

tak semestinya itu jodoh kita..

bila itu jodoh kita,

tak semestinya kita bahagia...



semakin aku ubati hati terluka

semakin parah aku rasa

semakin aku cuba lupakan si dia

semakin hampir dgnnya

ada pernah org kata itu namanya cinta

aku tak nak percaya

aku takkan percaya..


sebab itu aku cuba yakinkan diri

utk tidak berharap benda yang tak pasti

aku cuba memahami situasi

supaya aku tdk dikuasai pelbagai emosi

aku cuba mengawal diri

utk menguatkan lg ketabahan hati

kerna aku tahu jodoh aku ditentukan qada' dan qadar dr Illahi...








No comments: